MENTOR

Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.  

Program yang dikendalikan oleh mentor secara formal mempunyai objektif yang tertentu, sistem pencapaian dan penilaian diatur untuk melihat keberkesanan program yang berkenaan. Setiap staf perlu mencapai sesuatu dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Tujuan utamanya ialah untuk membolehkan mentee mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif yang dikehendaki demi untuk meningkatkan kualiti kerja dan imej.  Dalam situasi ini mentee yang menerima bimbingan dapat  berubah dan terbentuk mengikut kehendaknya. 
Program mentor  yang informal biasanya tidak memerlukan struktur yang rigid. Ia lebih kepada membantu rakan sekerja mendapatkan nasihat, bimbingan yang betul tanpa mempunyai ekpektasi yang ditetapkan.





No comments:

Post a Comment