siri nlp

4 Teknik hangatkan perbualan

Terdapat 4 teknik yang perlu diamalkan dan kata kuncinya ialah S.U.A.M

Apa maksudnya?

S=SOAL

Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan member impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U=ULANG SEMULA

Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kempali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A=ANGGUK

Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M=MUKA


Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.


siri NLP

3 tips Mengawal tekanan

Bagaimana untuk menghadapi situasi tekanan, dan ia diibaratkan seperti keadaan sebuah spring. Spring sifatnya lagi kuat ditekan, lagi tinggi ia akan melambung. Mahukah anda seperti itu? Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan.


1. Berubah
Apabila kita dalam tekanan, kita semestinya perlu berubah. Yakinlah bahawa diri kita sudah semestinya mampu untuk berubah. Kita diciptakan dengan cukup hebat dan jangan biarkan minda mengatakan kita tidak mampu ke arah itu.

2. Keupayaan dan Kejayaan
Kenangkan kembali keupayaan dan kejayaan yang pernah kita kecapi di masa lalu. Ia akan meningkatkan self-estim dan melonjakkan keyakinan dalam diri untuk mengulangi perkara tersebut.

3. Ketawa

Apabila kita ketawa, ia akan merangsang perasaan yang positif. Jangan biarkan diri kita berterusan dalam keadaan kecewa, sedih dan lemah semangat dalam jangka masa yang lama.


******************

SIRI NLP


5 Teknik komunikasi Bagi mempengaruhi pelanggan untuk lakukan pembelian

Komunikasi adalah perkara penting dalam perniagaan. Ia akan member gambaran awal kepada pelanggan mengenai sesebuah perniagaan sama ada ia diuruskan secara professional atau tidak.

Jika anda lakukan perniagaan, pastikan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah komunikasi bersama pelanggan anda.

Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh diaplikasikan dalam urusan perniagaan anda untuk mempengaruhi pelanggan untuk melakukan pembelian.

1.    Tanya Soalan
Gunakan teknik ‘bertanya soalan’ berbanding memberikan arahan.
Rangsang pelanggan untuk memberi respon melalui soalan-soalan yang diajukan agar tidak merosakkan emosi mereka.

2.    Pendengar Setia
Jadilah seorang yang lebih suka mendengar berbanding bercakap. Galakkan pelanggan untuk berbual lebih dari kita. Apabila perbualan berlangsung, mereka akan lebih selesa untuk berurusan dengan kita.

3.    Cabahkan Minat
Manusia suka berkomunikasi tentang perkara yang mereka minat. Pastikan anda dapat mencari satu perkara yang pelanggan anda minat dan tanya sekurang-kurangnya 3 soalan mengenainya sebelum melakukan jualan.

4.    Jadikan Mereka Penting
Pelanggan yang merasakan dirinya penting akan lebih seronok melakukan pembelian dengan kita. Layan mereka dengan baik dan gunakan bahasa melayu tinggi dalam setiap perbualan.

5.    Hormati Pelanggan

Apa sahaja respon yang dilontarkan oleh pelanggan perlu dihadam dengan emosi yang positif (walaupun kadang kala buat kita panas hati)

***********
SIRI PIDATO PERTANDINGAN

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPONTAN
Oleh Ruddy .Hams

Berikut adalah rangka Ucapan untuk menjawab soalan spontan. Format ini akan memberikan peluang kepada pengucap untuk memberikan penjelasan dan penerangan dengan lebih teratur,


Kerangka Ucapan Spontan
Keterangan
1.
Ucapan selamat
Menyampaikan ucapan selamat sebagai pembukaan bicara/ucapan
2.
Ulang tajuk
Pengucap perlu mengulang tajuk yang diberikan bertujuan untuk menjelaskan kembali kepada audien
3.
Isi kandungan
Isi ucapan bagi menjelaskan tajuk
4.
Rumusan jawapan
Pengucap perlu member rumusan dengan mempertahankan tajuk yang dibicarakan dengan jelas.

Pola jawapan bergantung kepada bentuk soalan yang diperoleh. Pengucap perlu jelas dengan kehendak soalan agar penjelasan yang diberikan tidak tersasar daripada pertanyaan. Terdapat 4 jenis pola jawapan yang sering diajukan semasa pertandingan iaitu :

POLA JAWAPAN
KETERANGAN
1.      Memberi penerangan
Meminta pengucap untuk member penerangan mengenai sesuatu tajuk.

Contoh :
Apakah itu Bahasa Melayu

2.      Memberi sebab/ penjelasan
Meminta pengucap untuk menghuraikan sebab atau penjelasan sesuatu tajuk.

Contoh :
Kenapa kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu

3.      Memberi langkah
Meminta pengucap untuk memberikan langkah-langkah sesuatu tajuk yang diberikan.

Contoh:
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu?

4.      Berkongsi pengalaman
Meminta pengucap untuk berkongsi pengalaman.

Contoh:
Apakah pengalaman anda dalam memartabatkan Bahasa Melayu?