Kali ini saya ingin berkongsi satu formula untuk melakukan sebuah pidato yang memukau.
S.M.A.R.T
S - Suara
Anda perlu mempunyai suara yang mendalam, tinggi dan rendah, laju dan perlahan. Dan yang
paling penting ialah sebutan atau artikulasi perlu jelas dan betul agar pidato yang disampaikan
mempunyai warna dan menarik.
M - Mata
Pemidato perlu menumpukan pandangan kepada audien kerana hanya dengan pandangan mata
yang tepat akan dapat mempengaruhi audien. Pastikan audien yang dipandang memberikan
respon yang ringkas walau hanya dengan sekali mengangguk.
A - Anjak
Posisi badan dan kaki pemidato perlu beranjak sedikit ketika menyampaikan pidato agar
kelihatan lebih bersungguh-sungguh. Jangan tegak atau kaku sahaja.
R - Raut Wajah
Ekspresikan wajah anda mengikut perkataan yang dilontarkan. Tunjukkan rasa marah, senyum,
sinis, sedih dan sebagainya. Ia akan memberikan kesan yang mendalam terhadap pidato yang
disampaikan.
T - Tangan
Gerakan tangan perlu lebihbersungguh-sungguh. Tunjukkan kepelbagaian gerakan tangan seperti
menunjukkan angka/nombor, penegasan, kata sifat dan penafian.
Itulah antara formula dalam menyampaikan pidato yang memukau. Ini hanya teori sahaja. Untuk lebih latihan praktikal dan penerangan lanjt, sertailah bengkel yang saya adakan pada masa akan datang.
Peserta Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2018 telah mendapat pendedahan sedikit tentang kemahiran tersebut.


No comments:
Post a Comment