
NAKHODA PERUBAHAN
Hadirmu
Umpama fajar yang menyerlahkan pagi
Dengan langkah penuh santun
Setelah sekian lama menatang sabar
Dalam perjuangan penuh mencabar
Usahlah diragui setia kami
Janganlah dibimbangi ketulusan kami
Dalam mengiringi langkahmu
Melakar perubahan
Memperkasa pencapaian
Biar berjuta cabaran menimpa
Biar bergunung seranah dicipta
Tak sekelumit akan kami hiraukan
Kerana kami tahu galur riwayatmu
Kami faham hasrat nuranimu
Yang takkan rela mengkhianati nusa
Wira pelakar perubahan
Wawasanmu menjangkau sempadan zaman
Azammu seteguh karang di pusar lautan
Kebijaksanaanmu mengukir keluarbiasaan
Di pentas buana serba kemungkinan
Kini
Dibahumu kami sandarkan harapan
Mengemudi pertiwi ke destinasi impian
Demi kelangsungan sebuah perjuangan
Dijagat raya penuh dugaan
Karya
Samsudin Putih