PIDATO MEMUKAU

Kali ini saya ingin berkongsi satu formula untuk melakukan sebuah pidato yang memukau.
S.M.A.R.T

S - Suara
      Anda perlu mempunyai suara yang mendalam, tinggi dan rendah, laju dan perlahan. Dan yang 
      paling penting ialah sebutan atau artikulasi perlu jelas dan betul agar pidato yang disampaikan 
      mempunyai warna dan menarik.

M - Mata
       Pemidato perlu menumpukan pandangan kepada audien kerana hanya dengan pandangan mata 
       yang tepat akan dapat mempengaruhi audien. Pastikan audien yang dipandang memberikan 
       respon yang ringkas walau hanya dengan sekali mengangguk.

A - Anjak
       Posisi badan dan kaki pemidato perlu beranjak sedikit ketika menyampaikan pidato agar 
       kelihatan lebih bersungguh-sungguh. Jangan tegak atau kaku sahaja.

R - Raut Wajah
      Ekspresikan wajah anda mengikut perkataan yang dilontarkan. Tunjukkan rasa marah, senyum, 
      sinis, sedih dan sebagainya. Ia akan memberikan kesan yang mendalam terhadap pidato yang 
      disampaikan.

T - Tangan
      Gerakan tangan perlu lebihbersungguh-sungguh. Tunjukkan kepelbagaian gerakan tangan seperti 
      menunjukkan angka/nombor, penegasan, kata sifat dan penafian.


Itulah antara formula dalam menyampaikan pidato yang memukau. Ini hanya teori sahaja. Untuk lebih latihan praktikal dan penerangan lanjt, sertailah bengkel yang saya adakan pada masa akan datang.

Peserta Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2018 telah mendapat pendedahan sedikit tentang kemahiran tersebut. 



 

siri nlp

4 Teknik hangatkan perbualan

Terdapat 4 teknik yang perlu diamalkan dan kata kuncinya ialah S.U.A.M

Apa maksudnya?

S=SOAL

Cuba perbanyakkan bertanya soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan member impak yang baik kepada interaksi tersebut.

U=ULANG SEMULA

Ulang semula kata kunci yang disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kempali, ia menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada kita.

A=ANGGUK

Pergerakan mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.

M=MUKA


Pandang muka kenalan kita ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan kenalan kita itu.