siri nlp
4 Teknik hangatkan perbualan
Terdapat 4 teknik yang perlu
diamalkan dan kata kuncinya ialah S.U.A.M
Apa maksudnya?
S=SOAL
Cuba perbanyakkan bertanya
soalan. Apabila kita bertanya soalan, ia menunjukkan kita sungguh berminat
untuk meneruskan perbualan tersebut dan ia akan member impak yang baik kepada
interaksi tersebut.
U=ULANG SEMULA
Ulang semula kata kunci yang
disebut oleh kenalan kita itu. Apabila kita mengulangnya kempali, ia
menunjukkan apa yang dikongsikan oleh kenalan kita itu sampai maksudnya kepada
kita.
A=ANGGUK
Pergerakan
mengangguk-anggukkan kepala menunjukkan kita faham dengan apa yang disampaikan
dan seterusnya menghidupkan perbualan tersebut.
M=MUKA
Pandang muka kenalan kita
ketika dia sedang bercakap dan selaraskan memek muka dan perasaan dengan
kenalan kita itu.
siri NLP
3 tips Mengawal tekanan
Bagaimana untuk menghadapi
situasi tekanan, dan ia diibaratkan seperti keadaan sebuah spring. Spring sifatnya lagi kuat
ditekan, lagi tinggi ia akan melambung. Mahukah anda seperti itu? Berikut
adalah beberapa cara yang boleh digunakan.
1. Berubah
Apabila kita dalam
tekanan, kita semestinya perlu berubah. Yakinlah bahawa diri kita sudah
semestinya mampu untuk berubah. Kita diciptakan dengan cukup hebat dan jangan
biarkan minda mengatakan kita tidak mampu ke arah itu.
2. Keupayaan dan Kejayaan
Kenangkan kembali
keupayaan dan kejayaan yang pernah kita kecapi di masa lalu. Ia akan
meningkatkan self-estim dan melonjakkan keyakinan dalam diri untuk mengulangi
perkara tersebut.
3. Ketawa
Apabila kita ketawa,
ia akan merangsang perasaan yang positif. Jangan biarkan diri kita berterusan
dalam keadaan kecewa, sedih dan lemah semangat dalam jangka masa yang lama.
******************
SIRI NLP
5 Teknik komunikasi Bagi
mempengaruhi pelanggan untuk lakukan pembelian
Komunikasi adalah perkara penting dalam perniagaan. Ia akan
member gambaran awal kepada pelanggan mengenai sesebuah perniagaan sama ada ia
diuruskan secara professional atau tidak.
Jika anda lakukan perniagaan, pastikan antara perkara penting
yang perlu dititikberatkan adalah komunikasi bersama pelanggan anda.
Di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh
diaplikasikan dalam urusan perniagaan anda untuk mempengaruhi pelanggan untuk melakukan
pembelian.
1.
Tanya
Soalan
Gunakan teknik ‘bertanya soalan’ berbanding
memberikan arahan.
Rangsang pelanggan untuk memberi respon
melalui soalan-soalan yang diajukan agar tidak merosakkan emosi mereka.
2.
Pendengar
Setia
Jadilah seorang yang lebih suka mendengar
berbanding bercakap. Galakkan pelanggan untuk berbual lebih dari kita. Apabila
perbualan berlangsung, mereka akan lebih selesa untuk berurusan dengan kita.
3.
Cabahkan
Minat
Manusia suka berkomunikasi tentang perkara
yang mereka minat. Pastikan anda dapat mencari satu perkara yang pelanggan anda
minat dan tanya sekurang-kurangnya 3 soalan mengenainya sebelum melakukan
jualan.
4.
Jadikan Mereka Penting
Pelanggan yang merasakan dirinya penting akan
lebih seronok melakukan pembelian dengan kita. Layan mereka dengan baik dan
gunakan bahasa melayu tinggi dalam setiap perbualan.
5.
Hormati
Pelanggan
Apa sahaja respon yang dilontarkan oleh
pelanggan perlu dihadam dengan emosi yang positif (walaupun kadang kala buat
kita panas hati)
***********
SIRI PIDATO PERTANDINGAN
TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPONTAN
Oleh Ruddy .Hams
Berikut adalah rangka Ucapan untuk menjawab soalan spontan. Format ini
akan memberikan peluang kepada pengucap untuk memberikan penjelasan dan
penerangan dengan lebih teratur,
Kerangka Ucapan Spontan
|
Keterangan
|
|
1.
|
Ucapan
selamat
|
Menyampaikan ucapan selamat sebagai pembukaan
bicara/ucapan
|
2.
|
Ulang tajuk
|
Pengucap perlu mengulang tajuk yang diberikan
bertujuan untuk menjelaskan kembali kepada audien
|
3.
|
Isi
kandungan
|
Isi ucapan bagi menjelaskan tajuk
|
4.
|
Rumusan
jawapan
|
Pengucap perlu member rumusan dengan
mempertahankan tajuk yang dibicarakan dengan jelas.
|
Pola jawapan bergantung kepada bentuk soalan yang
diperoleh. Pengucap perlu jelas dengan kehendak soalan agar penjelasan yang
diberikan tidak tersasar daripada pertanyaan. Terdapat 4 jenis pola jawapan
yang sering diajukan semasa pertandingan iaitu :
POLA
JAWAPAN
|
KETERANGAN
|
1.
Memberi
penerangan
|
Meminta pengucap untuk member penerangan mengenai sesuatu
tajuk.
Contoh :
Apakah itu Bahasa Melayu
|
2.
Memberi
sebab/ penjelasan
|
Meminta pengucap untuk menghuraikan sebab atau penjelasan
sesuatu tajuk.
Contoh :
Kenapa kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu
|
3.
Memberi
langkah
|
Contoh:
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memartabatkan
Bahasa Melayu?
|
4.
Berkongsi
pengalaman
|
Meminta pengucap untuk berkongsi pengalaman.
Contoh:
Apakah pengalaman anda dalam memartabatkan Bahasa
Melayu?
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
